Pada 24 April yang lepas, aku telah diajak oleh Sir Khairusy Syakirin seorang aktivis buku untuk berkumpul bersama-sama dengan anggota buku.online di Taman Hussein Onn. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini. Menurut sir, komuniti buku.online adalah antara kumpulan yang terawal ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dunia perbukuan. Aktiviti yang biasa dijalankan adalah forum-forum online bagi membincangkan tentang sesuatu buku. Komuniti ini dianggotai bukan sahaja oleh kaki-kaki buku yang biasa tetapi ia juga dianggotai oleh ahli akademik terkenal iaitu Dr.Hasbullah Hassan, seseorang yang selalu muncul di kaca TV saluran Astro Awani. Tetapi sayang sekali beliau tidak dapat hadir bersama untuk perjumpaan kali ini.
Walaubagaimanapun, tujuan aku mengikuti Sir adalah tidak lain dan tidak bukan selain untuk berjumpa seorang tokoh lagi iaitu Shahrom TM Sulaiman. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, maklumlah di Malaysia, para ilmuan tidak diangkat setinggi para artis penghibur. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang aku kagumi selain saudara Rahim Jaafar sebagai orang yang rajin membaca. Kedua-dua boleh dikatakan mencapai tahap sebagai Biblioholist di Malaysia ini. Tetapi soal setuju atau tidak pada orang yang kita kagumi merupakan soal yang kedua. Kalau tidak silap, kali pertama aku mendengar nama Shahrom TM Sulaiman adalah ketika pulang bersama-sama abang aku dari Seminar Pemikiran Islam Liberal anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Kami berbincang berkenaan ‘sesuatu’ dan nama Shahrom TM Sulaiman merupakan sebahagian dari isi perbincangan. Abang aku mengatakan Shahrom TM Sulaiman dikenali sebagai ‘Perpustakaan Negara’ dek kerana sifatnya yang sangat rajin membaca. Jadi siapakah sebenarnya Shahrom TM Sulaiman???
Shaharom TM Sulaiman merupakan seorang pengarang Malaysia yang berasal dari Pekan, Pahang. Dilahirkan pada 23 April 1962. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Perpustakaan dan Maklumat, Diploma Pemikiran Islam dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat. Bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepustakawanan. Beliau pernah bertugas sebagai pustakawan di Perpustakaan Negara Malaysia selama 10 tahun.
Beliau merupakan penyumbang aktif kepada jurnal PEMIKIR, jurnal Akademik, akhbar-akhbar perdana dan majalah tempatan. Beliau ialah kolumnis ruangan "Melayar Buku" majalah mingguan MASSA terbitan Kumpulan Utusan Melayu, kolumnis majalah MINDA, kolumnis majalah Novel (1997-2002) dari penyumbang utama ruangan "Dunia Buku" akhbar Utusan Malaysia. Setakat ini beliau telah pun menulis sembilan buah buku, iaitu Pembacaan dan Peningkatan Budaya Ilmu (1996); Kepustakawanan dalam Pelbagai Perspektif ( 1996) ; Pengurusan Islam dan Pembangunan Manusia (1997); Islam dalam Pelbagai Perspektif: Refleksi Pustakawan Tentang Islam (1997); Realiti dan Ilusi Kehidupan Maya dalam Era Siber (2001); Cabaran Dunia Pengurusan: Wacana Pengurusan Menyongsong Abad ke-21 (2001); Keanehan dan Keunggulan Buku (2002); Terorisme Global dan Pengganas Agama: Cabaran Kehidupan Beragama pada Alaf Baru (2002) dan Kedurjanaan Siber: Realiti dan Ilusi Kehidupan Menyongsong Masa Hadapan (2004). Esei beliau bertajuk "Potensi Masa Depan Sastera Siber" telah memenangi Hadiah Sastera Utusan 2001 bagi kategori rencana sastera.
Dalam bidang dunia perbukuan, beliau pemah terlibat sebagai panel penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Ketua Jemaah Hakim penilai Anugerah NlLAM dan Anugerah Tokoh Pembaca Kebangsaan 2003 dan 2004 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau sering diundang untuk mengendalikan bengkel dan seminar tentang penghayatan budaya membaca, dunia penulisan serta menjadi konsultan kepada beberapa buah organisasi penerbitan. Selain itu, beliau juga merupakan panel pengulas segmen Iqra'. Selamat Pagi Malaysia, RTM dan Panel Pemilihan karya Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. (ITNM). Beliau telah dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang (P.K.C.) oleh DYMM Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda yang ke-69 atas sumbangan beliau dalam dunia penulisan.
Sayang sekali aku tidak sempat berbual panjang dengan saudara Shahrom kerana tujuan seluruh proses komunikasi adalah tertumpu kepada agenda perancangan aktiviti Buku.Online. InsyaAllah kalau diluluskan komuniti buku.online akan didaftarkan sebagai Kelab Pencinta Buku iaitu kelab rasmi pertama di Malaysia yang berkaitan dengan buku. Ketika menghantar pulang saudara Shahrom, aku tidak melepaskan peluang untuk bertanya beberapa persoalan. Asalnya aku mahu membincangkan persoalan penggunaan nama Allah untuk non-muslim tetapi merasakan ‘isu’ tersebut sudah ketinggalan aku melupakan hasrat aku. Jadi aku menanyakan soalan yang lain. Dialognya lebih kurang begini:
Penulis: Erm, Prof. Shahrom, boleh Tanya satu soalan, apa bezanya Pluralism Karen Armstrong dengan Pluralism Sayyed Hussein Nasr
Prof. Shahrom: Konsep Tuhan Karen Armstrong adalah ‘portable’, dan konsep Sayyed Hussein Nasr pula mempunyai kaitan dengan tradisi Islam.
Penulis: (Dlm hati) Mostly, I have no idea about that ‘portable’ things
Prof.Shahrom: Bagus baca tulisan Karen Armstrong ni, she was a nun and dah ada banyak experience dengan pelbagai agama. Dia ada tulis pasal biography of the prophet. Klu kita nak cakap dia muslim pun…..(terdiam seketika)
Penulis: (Dlm hati) Sudah sedikit menduga jawapannya
Prof.Shahrom: We can say that she is a people of God…
Penerangan diteruskan dan ketika sampai di rumah aku sempat meminta beliau untuk bergambar bersama. Melihat keadaannya yang berhadapan dengan masalah kesihatan membuatkan aku berasa kagum kerana masih aktif dalam bidang penulisan dan mata beliau pun mempunyai sedikit masalah. Menurut sir, ketika hendak membaca beliau akan menyuruh anak beliau membacakan untuk beliau. Inilah satu semangat membaca yang patut kita contohi.
Ketika mahu menghantar aku ke stesyen tren sir menasihati aku untuk re-organize kembali reading group dan possibility untuk rebranding reading group.
Sir: Saya rasa Reading Group bukan retorik, benda ni memang boleh dilakukan.
Tambahnya lagi
Sir: Macam abg Shahrom cakap, buku mendatangkan ilmu dan ilmu membina peradaban.
InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk pastikan perancangan tersebut terlaksana.Marilah bersama kita berjuang menjadi Rakyat Malaysia dengan mentaliti biblioholist Muslim ala Abasiyyah dan Andalusia. InsyaAllah.
salam tuan,
ReplyDeleteterima kaseh berkongsi cerita tentang tuan Shaharom TM Sulaiman. em, sebenarnya sy pun baru mengenali beliau lewat tulisan2 beliau berkenaan buku di ruang akhbar yg kini menjadi koleksi sy. rasa gembira pula bila mendapat tahu yg memang beliau seorang yg rajin n banyak membaca hingga dikenali sebagai 'perpustakaan negara'. terlalu ingin memiliki 3 bbuku belaiu 'buku kekasih' 'keanehan dan keunggulan buku' juga 'ada apa dengan buku', tapi mungkin belum rezeki kerna xjumpa di kedai buku berhampiran.
smoga tuan Shaharom diberi kesehatan, juga slalu dalam rohmat ALLAH. untuk tuan juga begitu.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini. Saya juga sangat meminati Shaharom TM Sulaiman setelah membaca buku Keanehan dan keunggulan buku.buat pengetahuan tuan saya merupakan dari Brunei dan sangat berminat untuk membuat penyelidikan mengenai budaya membaca dan berhasrat untuk menjadikan Shahrom TM Sulaiman sebagai sumber rujukan primer saja. bagaimanakah saya dapat berhubung dengan beliau?
sebarang maklum balas, tolong emelkan ke :lizagishak@gmail.com
sekian terima kasih