Friday, May 14, 2010

DUNIA BUKU: TERORISME GLOBAL DAN PENGGANAS AGAMA, CABARAN HIDUP BERAGAMA PADA ALAF BARU



SIPNOPSIS BUKU (seperti tertulis dibelakang buku)


Buku yang berada di tangan pembaca ini mengungkapkan kekecewaan, permasalahan makna dan melahirkan harapan yang masih tersisa kea rah keamanan sejagat melalui jalan hidup beragama yang mempunyai komitmen universal kepada kehidupan berperadaban tinggi. Lebih jauh lagi, melalui buku ini, penulis ingin mengajak umat manusia sama ada berpegang kepada agama atau yang tidak untuk menghayati semangat kebenaran dengan penuh lapang dada dan terbuka. Justeru, diharap buku ini akan memberi banyak manfaat kepada para pembaca dalam menghadapi cabaran hidup beragama pada Alaf Baru ini.


ANALISIS BUKU (menurut penulis)


Ada beberapa tesis yang cuba disampaikan oleh pengarang buku yang membezakan buku ini daripada buku2 yang menghidangkan tajuk atau isu yang lebih kurang sama. Ini menafikan stereotype buku ini dengan buku2 yang lain. Dari segi penyampaian isi, agak menarik kerana setiap daripada peranggan akan dirujuk kepada buku yang lain yang menyokong tesis di permulaan bab. Ini menjadikan seolah2 setiap perenggan merupakan sipnopsis mini buku yang lain. Kemungkinan gaya penulisan ini seseuai dengan peribadi pengarang yang rajin membaca buku.



Awal2 lagi pengarang menyatakan terdapat pertentangan antara kedamaian dan kekerasan. Kedua2 kuasa ini saling bergomol antara satu sama lain bagi mencipta dunia yang lebih baik. Kedamaian datang dalam bentuk evolusi dan kekerasan datang dengan bentuk revolusi. Flow penceritaan diikuit dengan penyataan yang setiap konflik yang terjadi adalah kerana agama. Beliau mengutuk keras apa2 kekerasan yang dijalankan atas nama agama. Ini diperincikan didalam buku ini tentang setiap kisah2 kekerasan yang terdapat didalam sejarah setiap agama termasuklah agama Islam itu sendiri.(contoh diberi, Ali dan Muawiyah). Ini terjadi kerana sumber tekstual agama-agama tersebut telah diberi suatu tafsiran yang salah. Ini bertentangan dengan semangat atau cita2 moral agama itu sendiri yang menyeru supaya para penganut agama menjalankan cara hidup yang aman dan damai tanpa membinasakan sesiapa. Malah diakhir kesimpulan buku dikatakan bahawa setiap penganut perlu mencontohi figure2 agama mereka yang melawan kekerasan tanpa kekerasan. Contohnya Martin Luther King Jr (Kristian), Ibu Teresa (Katolik), Malcolm X (Islam) dan Dalai Lama (Buddha) antara tokoh2 dalam konteks yang moden ini.



Maka oleh itu perlu diusahakan apa yang dipanggil nilai2 murni yang universal dalam setiap agama. Apabila semua penganut berpegang kepada nilai2 murni bersama maka akan wujud keadaan dunia yang aman damai. Jika ini tesis penyelesaian pengarang maka penulis akan bersetuju dengan beliau. Malangnya, pengarang lebih cenderung untuk pergi jauh dari itu apabila pengarang menghidangkan sudut perbincangan berkenaan dengan komitmen kepada kecerdasan spiritual termasuk memahami kedalaman falsafah parenial yang perlu melandasi etika global sebagai satu bentuk orde atau paradigma tatadunia baru.


Falsafah parenial menyeru supaya setiap agama berubah dari bentuk yang eksklusif kepada bentuk yang inklusif. Bentuk inklusif bermaksud agar para penganut tidak menanggap keselamatan (salvation) hanya boleh didapati didalam agamanya sahaja. Maka ditekankan sesuatu yang dipanggil substance daripada sesuatu yang hanya bersifat form. Maka keadaan yang fanatic atau eksklusif kepada agama adalah kerana terdapat kekeliruan diantara ‘bahasa tuhan’ dan ‘bahasa agama’. Bahasa tuhan menurutnya adalah hakikat dan bahasa agama hanyalah tafsiran berkenaan dengan bahasa tuhan yang mungkin terdedah dengan manipulasi kepentingan tertentu. Oleh itu beberapa quotation merendahkan formalized and organized religion dan spiritual dibanggakan seolah menurut mereka itulah hakikat atau bahasa tuhan. Maka dikatakan bahawa setiap agama akan menuju hakikat ini dan oleh itu tiada agama yang boleh claim bahawa hanya agamanya sahaja yang benar. Itulah titik yang akan melangkaui sifat toleransi. Apabila ada elemen inklusif ada didalam agama maka akan terjadi kedamaian antara agama yang menjurus kedamaian dunia.



Oleh itu secara tidak langsung, kedamaian adalah para penganut yang inklusif terhadap agama yang lain sehingga mencapai tahap spiritual yang beyond form dan akan menjadi penggerak kepada nilai2 yang universal yang akan menyatupadukan umat manusia. Kekerasan pula dikatakan golongan yang bersifat eksklusif dan hanya mengutamakan dogma2 atau form dalam agama dan menyatakan hanya agamanya sahaja yang betul sehingga menyakiti manusia yang lain.


Pada hemat penulis, untuk mencapai keamanan tidak perlu untuk kita ‘mencairkan’ fahaman kita dengan menyatakan bahawa kebenaran juga terdapat dalam agama lain. Perasaan eksklusif juga boleh menimbulkan keamanan. Penganut yang meyakini kebenaran agamanya akan cuba menarik para penganut yang lain dengan akhlak mereka. Maka, apabila setiap penganut memperbaiki akhlak mereka maka dengan secara tidak langsung akan terbentuk keamanan yang bersifat universal.

Bertemu 'Perpustakaan Negara'























Pada 24 April yang lepas, aku telah diajak oleh Sir Khairusy Syakirin seorang aktivis buku untuk berkumpul bersama-sama dengan anggota buku.online di Taman Hussein Onn. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini. Menurut sir, komuniti buku.online adalah antara kumpulan yang terawal ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dunia perbukuan. Aktiviti yang biasa dijalankan adalah forum-forum online bagi membincangkan tentang sesuatu buku. Komuniti ini dianggotai bukan sahaja oleh kaki-kaki buku yang biasa tetapi ia juga dianggotai oleh ahli akademik terkenal iaitu Dr.Hasbullah Hassan, seseorang yang selalu muncul di kaca TV saluran Astro Awani. Tetapi sayang sekali beliau tidak dapat hadir bersama untuk perjumpaan kali ini.

Walaubagaimanapun, tujuan aku mengikuti Sir adalah tidak lain dan tidak bukan selain untuk berjumpa seorang tokoh lagi iaitu Shahrom TM Sulaiman. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, maklumlah di Malaysia, para ilmuan tidak diangkat setinggi para artis penghibur. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang aku kagumi selain saudara Rahim Jaafar sebagai orang yang rajin membaca. Kedua-dua boleh dikatakan mencapai tahap sebagai Biblioholist di Malaysia ini. Tetapi soal setuju atau tidak pada orang yang kita kagumi merupakan soal yang kedua. Kalau tidak silap, kali pertama aku mendengar nama Shahrom TM Sulaiman adalah ketika pulang bersama-sama abang aku dari Seminar Pemikiran Islam Liberal anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Kami berbincang berkenaan ‘sesuatu’ dan nama Shahrom TM Sulaiman merupakan sebahagian dari isi perbincangan. Abang aku mengatakan Shahrom TM Sulaiman dikenali sebagai ‘Perpustakaan Negara’ dek kerana sifatnya yang sangat rajin membaca. Jadi siapakah sebenarnya Shahrom TM Sulaiman???

Shaharom TM Sulaiman merupakan seorang pengarang Malaysia yang berasal dari Pekan, Pahang. Dilahirkan pada 23 April 1962. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Perpustakaan dan Maklumat, Diploma Pemikiran Islam dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat. Bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepustakawanan. Beliau pernah bertugas sebagai pustakawan di Perpustakaan Negara Malaysia selama 10 tahun.



Beliau merupakan penyumbang aktif kepada jurnal PEMIKIR, jurnal Akademik, akhbar-akhbar perdana dan majalah tempatan. Beliau ialah kolumnis ruangan "Melayar Buku" majalah mingguan MASSA terbitan Kumpulan Utusan Melayu, kolumnis majalah MINDA, kolumnis majalah Novel (1997-2002) dari penyumbang utama ruangan "Dunia Buku" akhbar Utusan Malaysia. Setakat ini beliau telah pun menulis sembilan buah buku, iaitu Pembacaan dan Peningkatan Budaya Ilmu (1996); Kepustakawanan dalam Pelbagai Perspektif ( 1996) ; Pengurusan Islam dan Pembangunan Manusia (1997); Islam dalam Pelbagai Perspektif: Refleksi Pustakawan Tentang Islam (1997); Realiti dan Ilusi Kehidupan Maya dalam Era Siber (2001); Cabaran Dunia Pengurusan: Wacana Pengurusan Menyongsong Abad ke-21 (2001); Keanehan dan Keunggulan Buku (2002); Terorisme Global dan Pengganas Agama: Cabaran Kehidupan Beragama pada Alaf Baru (2002) dan Kedurjanaan Siber: Realiti dan Ilusi Kehidupan Menyongsong Masa Hadapan (2004). Esei beliau bertajuk "Potensi Masa Depan Sastera Siber" telah memenangi Hadiah Sastera Utusan 2001 bagi kategori rencana sastera.

Dalam bidang dunia perbukuan, beliau pemah terlibat sebagai panel penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Ketua Jemaah Hakim penilai Anugerah NlLAM dan Anugerah Tokoh Pembaca Kebangsaan 2003 dan 2004 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau sering diundang untuk mengendalikan bengkel dan seminar tentang penghayatan budaya membaca, dunia penulisan serta menjadi konsultan kepada beberapa buah organisasi penerbitan. Selain itu, beliau juga merupakan panel pengulas segmen Iqra'. Selamat Pagi Malaysia, RTM dan Panel Pemilihan karya Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. (ITNM). Beliau telah dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang (P.K.C.) oleh DYMM Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda yang ke-69 atas sumbangan beliau dalam dunia penulisan.




Sayang sekali aku tidak sempat berbual panjang dengan saudara Shahrom kerana tujuan seluruh proses komunikasi adalah tertumpu kepada agenda perancangan aktiviti Buku.Online. InsyaAllah kalau diluluskan komuniti buku.online akan didaftarkan sebagai Kelab Pencinta Buku iaitu kelab rasmi pertama di Malaysia yang berkaitan dengan buku. Ketika menghantar pulang saudara Shahrom, aku tidak melepaskan peluang untuk bertanya beberapa persoalan. Asalnya aku mahu membincangkan persoalan penggunaan nama Allah untuk non-muslim tetapi merasakan ‘isu’ tersebut sudah ketinggalan aku melupakan hasrat aku. Jadi aku menanyakan soalan yang lain. Dialognya lebih kurang begini:

Penulis: Erm, Prof. Shahrom, boleh Tanya satu soalan, apa bezanya Pluralism Karen Armstrong dengan Pluralism Sayyed Hussein Nasr

Prof. Shahrom: Konsep Tuhan Karen Armstrong adalah ‘portable’, dan konsep Sayyed Hussein Nasr pula mempunyai kaitan dengan tradisi Islam.

Penulis: (Dlm hati) Mostly, I have no idea about that ‘portable’ things


Prof.Shahrom: Bagus baca tulisan Karen Armstrong ni, she was a nun and dah ada banyak experience dengan pelbagai agama. Dia ada tulis pasal biography of the prophet. Klu kita nak cakap dia muslim pun…..(terdiam seketika)

Penulis: (Dlm hati) Sudah sedikit menduga jawapannya

Prof.Shahrom: We can say that she is a people of God…

Penerangan diteruskan dan ketika sampai di rumah aku sempat meminta beliau untuk bergambar bersama. Melihat keadaannya yang berhadapan dengan masalah kesihatan membuatkan aku berasa kagum kerana masih aktif dalam bidang penulisan dan mata beliau pun mempunyai sedikit masalah. Menurut sir, ketika hendak membaca beliau akan menyuruh anak beliau membacakan untuk beliau. Inilah satu semangat membaca yang patut kita contohi.
Ketika mahu menghantar aku ke stesyen tren sir menasihati aku untuk re-organize kembali reading group dan possibility untuk rebranding reading group.

Sir: Saya rasa Reading Group bukan retorik, benda ni memang boleh dilakukan.
Tambahnya lagi

Sir: Macam abg Shahrom cakap, buku mendatangkan ilmu dan ilmu membina peradaban.

InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk pastikan perancangan tersebut terlaksana.Marilah bersama kita berjuang menjadi Rakyat Malaysia dengan mentaliti biblioholist Muslim ala Abasiyyah dan Andalusia. InsyaAllah.