Monday, February 15, 2010

Prolegomena


Assalamualaikum dan selamat datang diucapkan kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku menyiapkan blog aku ini. Sudah sekian lama aku hanya menjadi pembaca atau 'pemerhati pasif', kini aku merasakan sudah tiba masanya aku membuat blog aku sendiri sebagai medan untuk meluahkan perasaan ataupun pendapat aku.

Prolegomena disini bukanlah maksudku untuk memberi komentar berkenaan dengan karya Syed Naquib Al-Attas iaitu Prolegomena to the Metaphysics Of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam ataupun karya agung Ibn Khaldun iaitu Muqaddimah ataupun juga disebut prolegomena. Memang suatu penghormatan untuk aku membuat komentar berkenaan dgn karya2 ini namun aku merasakan belum tiba masanya lagi. Jadi prolegomena disini hanya merupakan introduction essay atau sesi kenal2 mesra dengan pembaca.

Aku tidak mengharapkan ramai pembaca utk membaca blog ku ini maklumlah aku bukan lah siapa2 utk org mencari aku untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar. Namun aku cuma mengharapkan bahawa segala lontaran yang aku berikan akan ada orang yg menyambutnya. Walaupun tidak ramai aku, aku berharap agar ia disambut oleh orang yg boleh mengubah sesuatu keadaan. Kualiti yang aku harapkan bukan kuantiti.

Basically, blog aku ini hendak aku isikan dengan komentar buku2 kerana memang kegemaran aku adalah membaca buku. Minat ini telah diransang oleh abang aku sendiri kerana beliau berjaya menunjuk kepada aku perkaitan perkara2 yg ada didunia ini. Mendengar apa yang dikatakannya mengubah 'pandangan alam' aku sehingga aku merasakan dunia ini merupakan satu perkara yang menarik untuk kita renungkan. Jadi sepertimana 'pandangan alam' aku berubah, aku juga berharap blog aku berjaya mengubah 'pandangan alam' pembaca2 sekalian. Walau bagaimanapun, tidaklah aku berharap yang penulisan aku ini diterima buta2 oleh pembaca, sebaliknya aku berharap penulisan aku akan dinilai secara kritis oleh pembaca2 sekalian. Blog ini juga tidak hanya menceritakan tentang buku tetapi juga movie. Aku pun tidak mengetahui sejak bila aku menganggap movie sebagai suatu yg lebih dari sebagai hiburan namun yang pasti aku berasa sangat selesa berada di lapangan pengajian media. Mungkin aku perlu menukar program pengajian nmpknya. :) Siapa tahu huhu. Yg pasti terdapat persamaan diantara buku dan movie. Kedua2 mempunyai maksud atau mesej yg disampaikan. Kedua2 mempunyai 'flow' yg tersendiri sama ada ia di fasa permulaan, climax atau pengakhiran. Sama ada cerita tersebut berakhir dgn permulaan cerita tadi atau sebaliknya. Character2 yg terdapat didalam buku dan movie juga sgt menarik untuk dibincangkan sama ada watak tersebut merupakan watak antagonis, sampingan ataupun sebaliknya. Tidak kisah sama ada buku fiksyen atau non fiksyen, kedua2nya adalah sama. Walaupon ia merupakan buku2 ilmiah, masih terdapat mesej yg perlu disampaikan, masih terdapat watak2 iaitu bukti2 empirikal sejarah yg perlu dijadikan sampel pembuktian utk menyokong idea yg dikemukan dan ini seterusnya mengaitkan watak2 buku dan movie didalam hidup kita.

Tidak hairan didalam Al-Quran sendiri terdapat banyak kisah2 yg kita perlu ambil sebagai tauladan sebagai contoh dikisahkan watak2 bangsa yahudi didalam surah Al-Baqarah. Perlu diingatkan bahawa dengan memaparkan watak2 buruk bangsa yahudi bukanlah bermaksud Al-Quran adalah prejudis ataupun racist terhadap bangsa Yahudi. Ia adalah satu peringatan bukan hanya kepada kita sebagai seorang penganut agama Islam tetapi ia adalah juga suatu peringatan kepada bangsa yahudi sendiri agar tidak mencontohi sikap2 nenek moyang mereka.

Aku juga tidak mahu me'limit'kan pengisian blog aku hanya kepada buku dan movie. Aku juga akan menceritakan kisah hidup aku yang aku rasakan perlu dikongsi bersama sebagai tauladan. Ini kerana kadang-kala ketika kita berhadapan dengan sesuatu perkara, akan berbisik dihati kita berkenaan dengan perkara tersebut. Mungkin inilah yang disebut sebagai suara hati. Kemungkinan perkara tersebut tidak terfikir oleh orang yg lain. Mgkn inilah suatu platform untuk hatiku berbicara.

Point ke3 yang ingin ku sampaikan adalah sebab aku menulis sendiri. Aku menulis kerana aku perlu menyampaikan apa yang aku baca. Ia adalah satu proses untuk memelihara 'maklumat' yg aku dapat dari proses pembacaan dan juga suatu proses untuk menukar 'maklumat' kepada 'ilmu'. Kebiasaannya inilah nasihat orang kepada aku sekitar permasalahan pemeliharaan ilmu.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin aku nyatakan tetapi aku merasakan cukup lah kali ini saja penulisan aku. Kalau diceritakan panjang maka ia sudah tidak menjadi prolegomena. Akhir kalam, selamat membaca kepada pembaca semua. Moga Allah SWT memelihara hati kita ketika kita menulis dan membaca. Amin. :)

1 comment: