Thursday, March 11, 2010
Program Selangkah Ke Alam Remaja (SEKAR) di SMK Bandar Putra
Alhamdulillah, berakhir juga program motivasi 'Selangkah Ke Alam Remaja' (SEKAR) pada 9hb March yg lepas. Tahniah diucapkan kepada Zack sebagai Program Manager kerana dapat mengadakan program yang berjaya ini. Penutupan program tersebut merupakan satu simbol penutupan tirai kepada aktiviti Bachelor Of Economics Students Council (BECS) -dulu association huhu- pada semester ini. Maka lengkaplah almanak pada semester ini walaupun terdapat sedikit perubahan. Rujuk kembali program yang sudah dilakukan adalah termasuk Annual Genaral Meeting (AGM), BECS Family Day, Forum Maulidul Rasul, BECS reading group mass gathering dan yang terakhir program fasilitator di SMK Bandar Putra.
Program Fasi kali ini merupakan gabungan antara kelab BECS dan Student Facilitating Front (STUFF). Sampai di sekolah lebih kurang pukul 9 mlm (klu x silap :P) dan kami berasa sangat seronak sekali diatas layanan mesra yang diberikan daripada pihak sekolah. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama aku melangkah ke bumi Johor dan kali pertama bermalam di asrama. Aku sangat teruja pada hari itu dan detik2 di sekolah mengimbau kembali kenangan aku ketika berada di zaman persekolahan yang lalu.
Kerjasama yang diberikan oleh pelajar2 SMK Bandar Putra amat memberangsangkan dan aku percaya mereka memang layak memasuki sekolah tersebut. Maklumlah sekolah tersebut merupakan sekolah yang menyaring kemasukan pelajarnya walaupun ia merupakan sekolah yang baru. Tambahan pula yang membuatkan ia menarik ialah ia merupakan bukan sekolah berasrama penuh tetapi sekolah harian biasa.
Selain dari itu aku juga berkesempatan untuk mempelajari beberapa modul baru yang aku anggap kompleks dan menarik. Modul tersebut layak aku tarafkan 'modul tahap 3' berdasarkan tahap kesukaran modul tersebut. Aiman, Amir Dhamiri dan Zack merupakan gandingan yang mantap sekali kerana tidak henti2 menceriakan adik2.
Akhir sekali, aku juga berasa sangat gembira dengan ucapan penutup dari pengetua sekolah tersebut iaitu En Azman B Adnan yang mungkin merupakan pengetua termuda di Johor. Beliau memberikan sokongan kepada penglibatan mahasiswa kepada masyarakat dan juga mencanangkan konsep memasyarakatkan sekolah.Untuk bacaan lanjut sila layari ke http://azman2020.blogspot.com . Beliau secara terbuka bersedia untuk berkerjasama dengan mana2 NGO yang mahu membuat program bersama-sama pelajar sekolah. Pada aku ini merupakan model sekolah yang kita mahukan yang melibatkan satu unsur pendidikan yang holistik. Sikap Encik Azman ini perlu kita jadikan teladan kerana beliau masih mampu mengekalkan idealisma walaupun sudah mempunyai karier. Aku berdoa agar SMK BAndar Putra akan berjaya.
Sekali lagi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak komiti yang berjaya menganjurkan program tersebut termasuklah fasi dari pihak STUFF dan juga sokongan daripada Bachelor of Accounting Students Council (BACC) dan Bachelor of Business Management Students Council (BBA).
Subscribe to:
Posts (Atom)